- Kerajaan hari ini membuat keputusan TIDAK MELANJUTKAN tempoh pendaftaran dan pengampunan di bawah Program 6P yang berakhir hari ini (10 Januari 2012).
- Walau bagaimanapun secara pentadbiran, proses permohonan pemutihan diteruskan bagi Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah berdaftar dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos 2011. Pertimbangan ini dibuat di atas rayuan para majikan bagi melengkapkan proses pemutihan, pengeluaran dokumen yang berkaitan dan temuduga dengan agensi kawal selia.
- Oleh itu, bagi majikan yang masih belum berbuat demikian adalah dinasihatkan untuk berurusan segera dengan Pusat Sehenti (One Stop Center – OSC) seperti senarai berikut:
i. Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya
ii. Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Putrajaya
iii. Pejabat Pengeluar Pasport Presint 15, Putrajaya
iv. Kompleks KDN Jalan Duta, Kuala Lumpur
v. Pejabat Imigresen Pelabuhan Kelang, Selangor
vi. Kompleks KDN Johor Bahru, Johor
vii. Kompleks KDN Seberang Jaya, Pulau Pinang
viii. Kompleks KDN Kuantan, Pahang
4. Sehingga hari ini, sejumlah 323,093 orang PATI membabitkan 21,956 majikan telah diputih dan diampunkan. Sehubungan itu, majikan adalah dinasihatkan supaya mengambil peluang dari keputusan ini untuk memastikan agar semua pekerja mereka dapat diputihkan dalam tempoh terdekat sebelum penguatkuasaan dilaksanakan secara besar-besaran.
Tan Sri Mahmood bin Adam
Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri