Visit
Official Website

Services

Organization Chart

Document Inquiry

Licence

Our Management

Information

Procedue


N Garden Sheds Enterprise
169A, Jalan Seri Impian 1,
Taman Impian Emas,
Skudai, 81300 Johor.
07-5591325/5578995
07-5579016
n_garden_sheds

Program pemutihan 6P tidak dilanjutkan - TPM

05 Oct 2013
KUALA LUMPUR 2 Okt. - Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin bersetuju untuk tidak melanjutkan proses Pemutihan di bawah Program 6P.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Program 6P yang bermula Oktober 2011 dan tamat bulan lepas, merujuk kepada program penyelesaian menyeluruh pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin.

Bagaimanapun, bagi majikan yang mendakwa ditipu semasa menguruskan pemutihan pendatang asing tanpa izin (PATI), mereka boleh merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri untuk kes mereka diteliti di bawah Program Khas Pengurusan PATI (PKPP).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan jawatankuasa itu, PKPP bertujuan menyelesaikan permohonan majikan yang tidak dapat memutihkan PATI disebabkan penipuan ejen.

PKPP juga bertujuan mengurangkan jumlah PATI sedia ada, memastikan pematuhan undang-undang berkaitan dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam dapat dikawal.

"Program ini akan dilaksanakan serentak dengan Ops 6P Bersepadu," menurut kenyataan itu.

Oleh itu, majikan dinasihat mengemukakan laporan polis yang dibuat dari 1 Sept 2011 sehingga 10 Sept lepas, berikutan ia adalah tempoh Program 6P dilaksanakan.

"Program ini akan dilaksanakan secara kerajaan kepada kerajaan dan tidak akan melibatkan ejen atau orang tengah di mana semua urusan hanya melibatkan majikan," menurut kenyataan itu.

PKPP akan dilaksanakan selama tiga bulan bermula 21 Oktober sehingga 20 Januari 2014 dan tiada lagi proses pendaftaran PATI di bawah program itu.

Selain itu, jawatankuasa itu juga bersetuju supaya Kad Pekerja Asing berwarna mengikut sektor pekerjaan dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua pekerja asing, dalam tempoh terdekat.

"Kad ini mengandungi maklumat dan butiran asas pemegang kad yang dirangkaikan dengan pangkalan data biometrik dengan Jabatan Imigresen," menurut kenyataan itu. - BERNAMA