Visit
Official Website

Services

Organization Chart

Document Inquiry

Licence

Our Management

Information

Procedue


N Garden Sheds Enterprise
169A, Jalan Seri Impian 1,
Taman Impian Emas,
Skudai, 81300 Johor.
07-5591325/5578995
07-5579016
n_garden_sheds

Pelabur dibenar ambil pekerja asing dengan bersyarat

03 Oct 2012

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Jabatan Imigresen tidak menghalang mana-mana pelabur yang ingin mendapatkan pekerja asing tetapi dengan syarat mereka perlu mematuhi prosedur pengambilan mengikut sektor yang ditetapkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pelabur juga perlu mematuhi dasar pengambilan pekerja asing untuk menggaji golongan tersebut seperti diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, kata beliau, bagi memudahkan pihak pelabur atau majikan yang ingin mengambil pekerja asing, mereka boleh mengemukakan permohonan pengambilan pekerja asing secara walk-in di Kementerian Dalam Negeri.

"Permohonan hendaklah beserta dengan dokumen-dokumen sokongan wajib seperti perakuan Sistem Penjodohan Pekerjaan (Job Clearing System-JCS) Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia; sijil pendaftaran syarikat atau perniagaan; kad pengenalan pemilik; penyata caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); laporan kewangan serta penyata kewangan syarikat.

"Selain itu, dokumen sokongan tambahan yang perlu dikemukakan adalah mengikut sektor-sektor yang berkenaan. Keputusan permohonan pengambilan pekerja asing secara walk-in di Kementerian Dalam Negeri akan diberikan pada hari sama," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Teresa mahu mengetahui mengenai langkah yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri untuk membantu pelabur yang menghadapi masalah kekurangan pekerja disebabkan halangan pihak Imigresen.